Sudah lama ibu tidak menulis di ruangan ini. Bukan tidak ada cerita, tetapi ibu sibuk dengan kerja harian dan juga asyik melawat laman web fanbox. Di fanbox boleh mendatangkan hasil dan boleh berkomunikasi dengan kelompok yang meminati fanbox yang juga bercita-cita untuk menambahkan pendapatan.
Bulan Bahasa peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur. Bos ibu menggalakkan ibu dan kawan-kawan pergi kerana dekat sahaja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Memandangkan tiada kerja yang mendesak, kebetulan bos ibu pun tiada, maka rasa teringin pula untuk pergi menyertainya. Bas akan disediakan dan akan bertolak jam 8.00 pagi. Ini bermakna ibu terpaksa bangun awal untuk menyiapkan sarapan untuk anak-anak ibu dan yang penting membangunkan anak-anak ibu lebih awal daripada biasa.
Malam itu sempat juga Ibu mengajar Idzham matematik kerana kertas matematik akan diadakan pada esok hari. Ibu gosok baju Idzham dan Irfan lebih awal, selepas itu Ibu gosok baju Ibu sekali agar pagi esok tidak terkocoh-kocoh.
Tepat jam 6.00 pagi ibu sudah bangun. Selepas sembahyang subuh ibu terus membangunkan Idzham dan Irfan untuk mandi pagi. Jam baru menunjukkan 6.15 pagi. Seperti biasa dengan mata yang masih tertutup, Idzham pun bangun dan duduk di sette depan. Terpaksalah Ibu memujukkan Idzham agar cepat mandi kerana pagi ini Ibu misti berada di Dewan Bahasa dan Pustaka tepat jam 8.00 pagi. Dengan lemah gemalai Idzham pun masuk ke bilik air untuk mandi. Selepas itu Ibu pun mengejutkan Irfan pula. Setelah puas Ibu menyuruh Irfan bangun, barulah ia bangun dan terus duduk di sette seperti Idzham. Apabila Ibu menyuruh Irfan pergi ke bilik air, Irfan terus melihat jam dinding dan bersuara "Ibu, awal lagilah...mata saya mengantuk ni" Sambil itu Irfan terus menyambung suara "Ibu ni, tak sayang anak ke?" Hendak sahaja ibu bersuara, tapi tidak keluar dari mulut Ibu, hanya yang dapat Ibu bercakap di dalam hati ibu "Kalau Ibu tak sayang, ibu tidak akan membuat sarapan pagi...tapi ibu sayang pada anak-anak ibu kerana ibu tidak mahu anak-anak ibu lapar semasa belajar nanti"
Akhirnya Irfan bangun juga menuju ke bilik air. Sambil Ibu lalu di bilik air, sempat juga Ibu bersuara "Jangan lupa gosok gigi dan sabun badan tu!" Alhamdulillah anak-anak Ibu sempat bersembahyang Subuh, sarapan pagi dan mengemak tempat tidur. Jarum jam menunjukkan jam 6.50 pagi. . Seterusnya Ibu masuk ke bilik untuk menguruskan diri ibu pula. Tepat jam 7.00 pagi Ibu, Idzham dan Irfan pun terus turun ke bawah menuju ke garaj kereta. Sebelum Ibu memandu kereta, sempat juga Ibu berdoa agar dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari sebarang kecelakaan dan juga yang penting dipermudahkan anak-anak Ibu menjawab soalan agar mendapat keputusan yang cemerlang kerana minggu ini adalah Peperiksaan Akhir Tahun. Ibu hantar Idzham dahulu ke Sekolah Kebangsaan Taming Jaya. Sebelum keluar Ibu berkata dengan Idzham "Semuga berjaya dan jangan lupa baca bismillah dan selawat sebelum masuk sekolah" Idzham mengganggukkan kepala. Dia terus melambaikan tangannya sebelum masuk ke sekolahnya. Sselepas itu, Ibu menghantar Irfan pula ke sekolah agama beserta beg yang berisi tuala, pakaian sekolah sebelah petang dan sebagainya. Sebelum Ibu pergi ibu berkata lagi kepada Irfan "Semuga berjaya, dan jangan lupa semak dua kali sebelum hantar kertas peperiksaan kepada guru" Dalam hati Ibu berkata "Ya Allah, permudahkanlah anak-anakku untuk menghadapi peperiksaan mereka.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan dari rumah ke pejabat Ibu, jalan tidaklah begitu sesak. Cuma sesak sikit bila dekat dengan Jalan Tasik Selatan, tapi biasalah Kuala Lumpur jika tidak sesak rasa pelik pula. Akhirnya ibu sampai juga jam 8.00 pagi di Dewan Bahasa. Alhamdulillah Ya |Allah, kerana kau telah permudah segala urusan harianku...Robi Yassir, Wala tu'assir..Robbi thammim bilkhair...(itulah doa yang selalu Ibu amalkan agar dipermudahkan segala urusan). Amin.......
ibu coretkan juga cerita ini di fanbox
ibu coretkan juga cerita ini di fanbox
Tiada ulasan:
Catat Ulasan