Pada pagi Sabtu 12 Mei
2012 yang lalu, semasa ibu membangunkan
Irfan dari tidur, terdengar bunyi batuk dari
Irfan yang sangat melengking seolah-olah seperti bunyi batuk kering
sahaja. Terus ibu menyuruh Irfan bangun
supaya minum air kosong untuk membasahi tekaknya. Cepat-cepat Irfan bangun dan terus mengambil air kosong
untuk minum. Mungkin Irfan sendiri pun
berasa kering tekak dan terdengar bunyi batuknya yang agak pelik. Terus ibu menyuruh irfan mandi dan gosok gigi agar semua lendir yang berkumpul di dalam dada boleh dikeluarkan.
Pada malamnya, Irfan memberitahu ibu yang Irfan disuruh membuat buku skrap bertajuk Pemakanan. Irfan juga memaklumkan kepada ibu, siapa yang dapat menyiapkan buku skrap akan mendapat markah tambahan dalam peperiksaan setengah tahun nanti. Lantas Ibu pun bertanya kepada Irfan bila buku itu dikehendaki oleh cikgu. Irfan memberitahu ibu buku tersebut perlu dihantar pada hari Isnin nanti iaitu 14 Mei 2012. Terus ibu naik angin, kenapa tidak buat kerana ada masa satu hari lagi iaitu hari Ahad. Kemudian anakku Idzham juga memberitahuku dia juga mempunyai tugasan untuk membuat buku skrap yang bertajuk permainan Badminton. Memandangkan ibu sendiri pun tidak tahu apa itu buku skrap, Idzham menunjukkan buku skrapnya yang belum siap lagi kepadaku. Idzham telan dilantik sebagai ketua untuk menyiapkan buku skrapnya itu.
Ibu memberitahu anak-anak ibu, komputer yang ada itulah gunanya untuk membuat buku skrap dan lain-lain, bukan games sahaja dan terus menyuruh Idzham membuat buku skrapnya dengan menggunakan perisian power point. Memandangkan ibu pernah mengajar Idzham membuat power point, maka mudah sahajalah Idzham untuk membuatnya, termasukkah bagaimana untuk membuat layout, insert gambar dsbnya. Selepas itu giliran Irfan pula untuk membuat buku skrapnya.
Keesokan harinya aku pergi ke pejabat untuk mencari maklumat tentang pemain-pemain badminton dunia yang boleh ditambah lagi dalam buku skrap idzham dan juga gambar-gambar makanan yang berkhasiat serta tidak berkhasiat untuk dimasukkan ke dalam buku skrap Irfan. Hampir 2 jam semuanya siap dicetak dan dijilid.
Pada malannya, sedang Ibu menggosk baju sekolah Irfan dan Idzham, ibu lihat Irfan masih lagi batuk dan agak kerap juga seperti orang sedang semput. Ibu bertanya sama ada dada irfan sakit atau tidak dan Irfan menjawab sakit dan agak tidak selesa. Ibu menyuruh Irfan bersiap-siap kerana ibu hendak membawa irfan ke klinik. Semasa di klinik, doktor memeriksa Irfan dan mengatakan memang Irfan semput dan terus men gambil gas.
Balik sahaja dari klinik ibu terus memberikan Irfan makan ubat yang telah diberikan oleh doktor. Kemudian ibu mengambil minyak 1001 alam semesta yang mempunyai kandungan seperti serai wangi dan ibu mengurut-ngurut belakang, kaki, dada dan perut Irfan agar rasa selesa. Selepas selesai mengurut, Irfan pun terus bersalaman dengan Ibu dan terus pergi ke bilik tidurnya. Sebelum tidur sudah menjadi kelaziiman irfan dan idzham akan bersalam dan mencium tanganku..
Semasa Irfan tidur, ibu masih lagi mendengar bunyi batuk Irfan dan Ibu menyuruh Irfan bangun untuk membuang lendir. Irfan pun terus bangun menuju ke bilik air. Semasa Irfan batuk, ibu mengurut-ngurut belakang Irfan, apa lagi terus Irfan memuntahkan lendir dan segala makanan yang dimakannya malam tadi. Memandangkan Irfan masih batuk-batuk, Ibu menceritakan kepada ayah yang baru balik. Ayah memberitahu Ibu supaya membetulkan kedudukan Irfan tidur dengan keadaan telangkup. Ibu memberikan irfan lagi ubat kerana ubat yang tadi telah pun habis keluar semasa muntah. Kerana pengambilan ubat tadi, ibu lihat Irfan terlentuk semasa duduk di sofa. Ibu menyuruh Irfan bangun agar tidur di bilik tidur. Setelah menunggu Irfan lena, barulah ibu masuk ke bilik tidur....Ya Allah, berikanlah anakku Irfan badan yang sihat....amin......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan