Aku dan anak-anakku amat suka menonton filem National Geography, iaitu filem dokumentari tentang binatang-binatang. Malangnya siarannya adalah di waktu petang yang melangkawi waktu maghrib iaitu jam 6.30 hingga 8.00 malam di TV1. Jika waktu sembahyang maghrib sudah masuk, tidak senang rasa hati aku dan anak-anakku. Untuk mengelakkan anak-anakku supaya tidak lewat sembahyang maghrib, terpaksalah aku menutup tv agar kami sama-sama dapat melakukan sembahyang maghrib mengikut dalam waktunya. Tetapi kadang kala lewat juga aku dan anak-anakku sembahyang maghrib jika filem tersebut menceritakan binatang yang agak pelik seperti singa laut, penguin yang tidak ada di Malaysia. Harapan aku agar RTM dapat menukarkan siaran itu pukul 9.00 malam, kerana filem dokumentari itu amat bagus dan baik untuk peringkat budak-budak yang masih belajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan